Petaling Jaya, Selangor
‎+60 3-7490 0589

Tentang Institusi
Kemahiran SAFA

Particle element
Particle element
Visi KAMI
Menjadi di antara pusat latihan kemahiran yang terbaik di Malaysia dalam kursus pastri, bakeri, makanan dan minuman. Melahirkan graduan yang berkemahiran serta berkerjaya setelah tamat latihan.
Misi KAMI
Mempertingkatkan keterampilan dalam bidang kemahiran melalui program latihan yang diiktiraf, terkini dan berlandaskan kepada nilai-nilai murni universal serta professional membangun dan melaksanakan program kemahiran yang lebih berkesan kepada individu, kumpulan dan masyarakat. Melahirkan graduan yang berkemahiran.

OBJEKTIF

Menawarkan kursus kemahiran kepada golongan belia dan juga golongan pekerja bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang pembuatan pastri serta membolehkan mereka menjana pendapatan setelah tamat latihan.

+0

Chef Profesional

+0

Pelajar

Ketahui lebih lanjut di institusi kami pada hari terbuka berikutnya

Khamis 18 Mac 2021

Particle element

LATAR BELAKANG

Institut Kemahiran SAFA ditubuhkan demi menyahut cabaran negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Tidak banyak pilihan yang ada selian melatih warganya supaya mempunyai kemahiran tinggi, cekap dan berintegriti. Untuk tujuan itu, Institut Kemahiran SAFA menawarkan diri untuk melatih belia-belia Malaysia yang berminat untuk meningkatkan keupayaan diri dengan kemahiran dan pengiktirafan. Kursus-kursus yang ditawarkan dapat memberi laluan kepada belia-belia lepasan sekolah yang kurang meminati bidang akademik untuk meneruskan latihan mereka dan mendapatkan pengiktirafan serta keyakinan dalam bidang kemahiran. Kami percaya dengan kemahiran dan pengiktirafan, warga Malaysia akan lebih berdaya saing seterusnya bernilai tinggi di pasaran kerja mahupun untuk menjadi usahawan yang gigih.

Oleh itu, kami telah mendapatkan pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia sebagai pusat bertauliah latihan kemahiran. Selian dari menjalankan kursus-kursus sepenuh masa melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia, kami juga menawarkan kursus separuh masa, jangka pendek dan hujung minggu. Kami juga bakal melancarkan Program Latihan Kemahiran Tahap 4 Peringkat Diploma Dalam Tahun 2021. Kami menyahut seruan kerajaan bagi memastikkan rakyat Malaysia mempunyai kemahiran selain dari Tahap Pembelajaran sebelum ini.